Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini nyata berbeza buat penduduk di beberapa buah kampung sekitar Kupang, Baling susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku Isnin lalu.
Bagi Abd Rahman Said, 71 tahun tiada apa yang dapat diungkapkan apabila mengenangkan tiga insan tersayang iaitu isterinya Salmah Mat Akib, anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun yang terkorban dalam bencana alam itu.